MY LOLIPOP

Thursday, April 7, 2011

HANG TUAH

Hang Tuah memang terkenal dalam sejarah Melayu. Hang Tuah ni  seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka  pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) 

Menurut rekod sejarah (nak mula story dah), Hang Tuah dilahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Bapa dia bernama Hang Mahmud manakala mak Hang Tuah pulak ialah Dang Merdu Wati. Ayah Hang Tuah  pernah jadi hulubalang castle istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan duyung  dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat (kereta proton jebat paling sempoi) , Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai depa menuntut ilmu, mereka berlima balik ke Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri msa zaman kesultanan Melaka le, bukan la ni) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.

Semasa mengiringi Sultan Melaka pi Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah berjaya bunuh seorang pendekar Jawa bernama Menara Taming Sari. Dalam pertarungan itu Menara berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah tau bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas kerispendekar Jawa Taming Sari.(nak kena p cari keris tu)


Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang nak mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang balik dari Pahang akhirnya dapat jumpa Melor, tetapi (jeng...jeng...jeng...dh smpai part konflik) Sultan turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan (aduss kesian). Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.(ala dkat negeri Melaka tu).

Hang Jebat dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi (tak pasti sapa tapi salah satu diantara dua orang ni), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara (lari sebab takut Hang Jebat nak caderakan dia). Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah (tau pon). Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung (lamanya), Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. 
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.


 slow motion pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat
kereta proton Tuah
(tapi kereta Jebat lagi sempoi)

No comments:

Post a Comment