MY LOLIPOP

Thursday, April 7, 2011

ToTo..

Toto pun boleh jadi cerita ke???hurmm...
Kisah ni tak berlaku kat ak tapi berlaku kat kakak ak..
Diulangi kisah ni berlaku kat kakak ak...
Diulangi...ermm., dh la tu...

Kisahnya bermula seperti ini,tonto tow toto yang kita semua sedia maklum adalah sejenis semilut selimut..tapi tak tau la pula kat tempat lain korang kenal toto ni sebagai apa..
Masa tu kakak ak pergi ke Pesta Penang..Dia cakap kat kawan dia yang dia nak cari Toto..Lepas tu seorang lelaki berbangsa Cina menghampiri kak ak dan laki tu cakap bahawa dia ada jual Toto..

Kak ak pun setuju la nak beli Toto kat laki tu..
Kemudian lelaki tu mengeluarkan kertas kecil dari poket doremon dan bagi kat kak ak..
Kak ak pun nk ambil la kertas tu sebab dia ingat kertas tu adalah katalog Toto..(apa punya kak la lurus sangat, x kan katalog 2 kecik)
Lepas menyedari tindakan kak ak yang nak ambil kertas tu, kawan kak ak segera menarik kak ak. Kak ak cakap kt kawan dia
------ (ayat dialog dalam bahasa Kedah)------------>sat la, tak beli Toto lagi ni
------ (ayat dialog dalam bahasa omputih)---------->wait 4 a minute, i didn't buy Toto yet..
------(ayat dialog dalam bahasa Perancis)------------------------------>erk.._bunyi cengkerik korang fikir sendiri la, ak bkan pndai sangat
Kawan kak ak pun menerangkan dkat kak ak yang kertas lelaki Cina bagi tadi adalah Toto atau lebih dikenali sebagai nombor ekor..

yang ak hairan di sini x kan laki Cina tu nak jual "Toto" kat kak ak sebab dia pakai tudung..
ak nak mntak maaf kat kawan kak ak sabab mempunyai rakan yang lurus..T_T
Ak nak minta maaf sangat2 di atas keterlaluan kelurusan kak ak..
 kedai TOTO...(ayah sapa tu yang ponteng solat Jumaat semata-mata nak beli TOTO)
 kertas TOTO (macam ni rupanya kertas TOTO)
 menilik nombor ekor (kat rumah ak da banyak batu..hehehe boleh buat duit ni)
 salah satu cara mendapatkan nombor adalah dengan "meeting" dengan tok moh
Ni la rupa sebenar Toto yang kak ak nak beli.





p:s - adik yang baik memang macam ni..
hehehe...(^_^)

KOLONY

Mesti ramai yang hairan lambang pelik yang selalu muncul di tv.Selain tv, pengguna telefon rangkaian celcom juga mesti pernah dapat mesej yg pelik dan mesej itu terpadam secara sendiri.
Mula2 ak pun kehairanan juga, lambang apakah itu. Setelah ak menyelidik akhirnya ak tau motif lambang tersebut muncul.

Lambang misteri tersebut lambang untuk laman web sosial terbaru untuk kita berhubung dengan kawan2 kita dan mengenali kawan2 baru. Laman web ni diberi nama KOLONY.



 simbol "misteri" iaitu KOLONY

KOLONY ni adalah social network untuk kita berkomunikasi, tetapi yang specialnya laman web ni boleh guna handphone, tapi kena da talian Celcom la.Kalau kita x da komputer atau laptop pun kita boleh guna handphone..Jadi laman web ni memudahkan penggunanya untuk berhubung..Maklumla kan budak2 zaman la banyak guna handphone.

p:s -Rasa macam x sabar pulak nak tunggu kemunculan laman web ni..

HANG TUAH

Hang Tuah memang terkenal dalam sejarah Melayu. Hang Tuah ni  seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka  pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) 

Menurut rekod sejarah (nak mula story dah), Hang Tuah dilahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Bapa dia bernama Hang Mahmud manakala mak Hang Tuah pulak ialah Dang Merdu Wati. Ayah Hang Tuah  pernah jadi hulubalang castle istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan duyung  dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat (kereta proton jebat paling sempoi) , Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai depa menuntut ilmu, mereka berlima balik ke Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri msa zaman kesultanan Melaka le, bukan la ni) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.

Semasa mengiringi Sultan Melaka pi Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah berjaya bunuh seorang pendekar Jawa bernama Menara Taming Sari. Dalam pertarungan itu Menara berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah tau bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas kerispendekar Jawa Taming Sari.(nak kena p cari keris tu)


Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang nak mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang balik dari Pahang akhirnya dapat jumpa Melor, tetapi (jeng...jeng...jeng...dh smpai part konflik) Sultan turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan (aduss kesian). Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.(ala dkat negeri Melaka tu).

Hang Jebat dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi (tak pasti sapa tapi salah satu diantara dua orang ni), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara (lari sebab takut Hang Jebat nak caderakan dia). Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah (tau pon). Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung (lamanya), Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. 
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.


 slow motion pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat
kereta proton Tuah
(tapi kereta Jebat lagi sempoi)

Monday, April 4, 2011

PUTERI GUNUNG LEDANG

NI adalah di antara jlan cerita mengenai Puteri Siti Gunung Ledang.
  Mengikut Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka.Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

    sapa yang rasa mampu bleh la p meminang Puteri Gunung Ledang
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita Shellabear ialah Hang Kasturi.
 yang mana satu lebih layak brlakon jd Hang Tuah???
jom layan plak OST Puteri Gunung Ledang ni....

p:s - zaman la da x orang yg mntak bnda2 mcm ni

Sunday, March 27, 2011

Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung | iluvislam.com + discover the beauty of islam

mcm mna tahap keimanan ampa suma???????????
tpuk dada tnyalah iman.....

klu org d negara lain msuk sja wktu solat msti brpusu2 untuk mngerjakan solat...
sgala urusan duniawi ditinggalkan..tp d negara kita ni hurrmmmm,,,,x tau nk kata pa...
tgok sja la msalah akhlak anak muda d negari kita ni...dgn buang bayi, minum arak, clubbing mmg teruk sgt akhlak dpa ni...
ak tgk pon rsa sedih sgt...dh la bnyk ank bngsa ak yg trjerumus dlm msalah sosial ni....
ak harap dpa smpat brtaubat sebelum ajal datang menjemput...

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam


kisah ni benar2 menyentuh hatiku......
ia mngandungi seribu 1 pedoman utk kita semua...
ak harap msih ada lelaki di dunia ni yg mnpunyai sikap seperti Tha'labah....

Saturday, March 26, 2011

RESEARCH -HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

MERONG MAHAWANGSA

by Siti Rohani on Sunday, March 27, 2011 at 2:52pm
Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:
  • Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.
  • Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
  • Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.
  • Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
  • Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
  • Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
  • Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.


Hikayat Merong Mahawangsa Analisa Sejarah
Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk menghujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatid sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksaksa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam ugama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya. Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan pula beragama Roman menguatkan lagi beliau tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin di diami oleh Sami Hindu yang tidak kawin Bramacahri. Sebab itu di panggil lembah bujang.


Raja Seri Maha Inderawangsa ,Raja Bersiong
Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia di kaitkan dengan dua Tempat ia itu Bukit Choras dan Tikam Batu . Di Tikam Batu di ceritakan ada sabuah Istana Raja Bersiong di atas Bukit dengan Air Terjun yang menumbusi batu sedalam sebantang buluh. Sempena ini lah nama Tikam Batu di ambil. Raja Besiong beragama Hindu.Beliau menyembah tokong di perbuat daripada emas dan berhala ini diambil oleh British bawa balik ke India. Memadang dia suka mamakan darah kemungkinan Berhala pujaan nya adalah Dewa Kali . Mengikut kepercayaan Hindu dewa ini suka makan darah ,korban berdarah. Kemungkinan kedua adalah dia terpengaruh dengan satu kaum Gergasi yang pada lagenda di kedah tinggal di Kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi dan mengamalkan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin di sebabkan banyak protein dalam diet berbading dengan yang makan sayur sayuran. Apabila rakyat yang mula mengenal Islam dan tidak mahu lagi menyembah Dewa Kali memberontak menentang Raja Bersiong dia lari hingga ke Baling di mana dia mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke Kg Siong di Baling.Dia mungkin memasuki Daerah Patani dan hilang di sana.

Friday, March 25, 2011

NAFSU

Ya Allah luluh hatiku bla tgk dia dh jd cm ni..gugur air mtaku bla tgok dia dh brubah..

seseorang yg selama ni ak kagum, aku tabik, ak hormat, aku sanjung, berubah dek kerana nafsu yg mnguasai diri..
betoi ckp org smakin tinggi pngetahuan agama @ iman  smakin tinggi 'pangkat' syaitan yg cba mnghasut...
ak harap dia brubah..ak menadah tgan pdamu Ya Allah spaya dia brubah mnjadi seorng lelaki yg sejati...

knapa hrus ak yg mlihat suma prkara 2...smoga dia sedar akn kwujudan wanita d bumi ini...
 

TRAGEDI 23 MAC 2011 a.k.a HARI RESULT SPM 2011

Huhh....tarikh 2 mmg aku akn trkenang smpai bla2...
meh ak cita skit pa yg brlaku kt ak msa tarikh 2... 

CERITANYA bermula mcm ni..
pgi 2 mcm besa la suma geng 1993 tgh brdebar nk p skul utk ambk result..(trmsuk ak la)..
msa kt sek plak last2 mnit sblum ckgu umumkn result, sir soh ak uruskn 1 bnda...
klu ak x uruskn mknanya x bleh la ambk slip peksa..kwan ak angelina jolie (nama sebenar) pon sama kna uruskn bnda ni...padahal dri awl g kmi dh settlekn ngan ckgu...bfore exem g tau...ckgu sja kot nk wt mac fool kt km...
setelah bnda 2 slesai kmi ngan pnuh kegemuruhan p la ambk result...bla ak tgk result ak ak rsa lega...
wlaupun slama ni ak trget lbih elok, tp x pa sbb ak brsyukur ngan result ak...trutma bla ak tgk sbjek yg ak struggle last2 minit... 

bak kata somebody le kan- sometimes Allah will gives us what we need,not what we want..-

habis ambk result angelina jolie ajk ak p tgk wyang plak..plan asal km nk tgk merong mahawangsa...tp tgk start pkul 4 ptg...km dk pkiaq nk tgk ke x..
smentara dk pkiaq 2 km mkan dlu kt kdai yg brhmpiran...pstu kmi ingt nk blik la lpas mkan 2...
msa ak tgh merempit ngan si angelina jolie tutt...tutt...plak si kacang tanah  edward cullen
(juga nama sebenar) tpon dia nk ajk tgk wyang utk meraikan kejayaan dia...ak plak ptah la blik moto mnuju ke tmpt yg kmi ber-3 janji...

nk d jdikan cita plak moto ak wt hal...slama ni ak pnggil moto ak 2 yoshi...
'bonet' moto x leh bka de...merajuk le 2 sbb moto x leh d bawa msuk ke pwagam ..dh la dompet ak da dlm moto 2...
so si edward cullen 2 mempelawakn dirinya utk blanja ak...angelina jolie pon dia blanja skali...first time beb ak tgk dia wt amal jariah...hahaha....
msa mnuju ke tngkt ats utk tgk wyang kmi nek lift...mmg bad luck btoi la hri 2 ak trhimpit ngan lift...nsib bek x sakit...tp malu beb edward ngan angelina gelak kt ak (smpai hati korang)

habis tgk wyang kmi nk blik la...msa 2 dh pkul6 dh...dh la wktu 2 hujan lebat...ak ngan angelina jolie pun skali g merempit la meredah hujan...huhh smpai umah ja ak mnggeletar ksejukan...
tp shiok gak sbb dh lma ak x men hujan...
mmg pngalaman ambik result yg pling best la...msa upsr ngan pmr pon x jd cm2

 p:s-terkezut msa first time tgk edward cullen ngan rmbut dia yg hmpir botak 2...hahaha
hope dia x bca blog ak
 

 

Wednesday, March 2, 2011

CARA PEMBUATAN BEG TANGAN KULIT...

Dengar saja psal barangan kulit ni mesti korang dah tau yang ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kulit korang haiwan.
Aku baru ja dapat info mengenai proses pembuatan beg berasaskan kulit ular...eeewww...
Aku rasa kesian selepas tengok gambar proses pembuatan beg kulit 2..
Tapi, aku tak tau aku ksian kat ular tu ka or aku ksian kat orang yang bakal beli "ular" a.k.a beg 2...







Aku rasa kat binatang lain pon cara pembuatan 2 sama...
Rupa-rupanya da beg kulit yg diperbuat daripada
bewak...