MY LOLIPOP

Thursday, April 7, 2011

ToTo..

Toto pun boleh jadi cerita ke???hurmm...
Kisah ni tak berlaku kat ak tapi berlaku kat kakak ak..
Diulangi kisah ni berlaku kat kakak ak...
Diulangi...ermm., dh la tu...

Kisahnya bermula seperti ini,tonto tow toto yang kita semua sedia maklum adalah sejenis semilut selimut..tapi tak tau la pula kat tempat lain korang kenal toto ni sebagai apa..
Masa tu kakak ak pergi ke Pesta Penang..Dia cakap kat kawan dia yang dia nak cari Toto..Lepas tu seorang lelaki berbangsa Cina menghampiri kak ak dan laki tu cakap bahawa dia ada jual Toto..

Kak ak pun setuju la nak beli Toto kat laki tu..
Kemudian lelaki tu mengeluarkan kertas kecil dari poket doremon dan bagi kat kak ak..
Kak ak pun nk ambil la kertas tu sebab dia ingat kertas tu adalah katalog Toto..(apa punya kak la lurus sangat, x kan katalog 2 kecik)
Lepas menyedari tindakan kak ak yang nak ambil kertas tu, kawan kak ak segera menarik kak ak. Kak ak cakap kt kawan dia
------ (ayat dialog dalam bahasa Kedah)------------>sat la, tak beli Toto lagi ni
------ (ayat dialog dalam bahasa omputih)---------->wait 4 a minute, i didn't buy Toto yet..
------(ayat dialog dalam bahasa Perancis)------------------------------>erk.._bunyi cengkerik korang fikir sendiri la, ak bkan pndai sangat
Kawan kak ak pun menerangkan dkat kak ak yang kertas lelaki Cina bagi tadi adalah Toto atau lebih dikenali sebagai nombor ekor..

yang ak hairan di sini x kan laki Cina tu nak jual "Toto" kat kak ak sebab dia pakai tudung..
ak nak mntak maaf kat kawan kak ak sabab mempunyai rakan yang lurus..T_T
Ak nak minta maaf sangat2 di atas keterlaluan kelurusan kak ak..
 kedai TOTO...(ayah sapa tu yang ponteng solat Jumaat semata-mata nak beli TOTO)
 kertas TOTO (macam ni rupanya kertas TOTO)
 menilik nombor ekor (kat rumah ak da banyak batu..hehehe boleh buat duit ni)
 salah satu cara mendapatkan nombor adalah dengan "meeting" dengan tok moh
Ni la rupa sebenar Toto yang kak ak nak beli.





p:s - adik yang baik memang macam ni..
hehehe...(^_^)

KOLONY

Mesti ramai yang hairan lambang pelik yang selalu muncul di tv.Selain tv, pengguna telefon rangkaian celcom juga mesti pernah dapat mesej yg pelik dan mesej itu terpadam secara sendiri.
Mula2 ak pun kehairanan juga, lambang apakah itu. Setelah ak menyelidik akhirnya ak tau motif lambang tersebut muncul.

Lambang misteri tersebut lambang untuk laman web sosial terbaru untuk kita berhubung dengan kawan2 kita dan mengenali kawan2 baru. Laman web ni diberi nama KOLONY.



 simbol "misteri" iaitu KOLONY

KOLONY ni adalah social network untuk kita berkomunikasi, tetapi yang specialnya laman web ni boleh guna handphone, tapi kena da talian Celcom la.Kalau kita x da komputer atau laptop pun kita boleh guna handphone..Jadi laman web ni memudahkan penggunanya untuk berhubung..Maklumla kan budak2 zaman la banyak guna handphone.

p:s -Rasa macam x sabar pulak nak tunggu kemunculan laman web ni..

HANG TUAH

Hang Tuah memang terkenal dalam sejarah Melayu. Hang Tuah ni  seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka  pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) 

Menurut rekod sejarah (nak mula story dah), Hang Tuah dilahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Bapa dia bernama Hang Mahmud manakala mak Hang Tuah pulak ialah Dang Merdu Wati. Ayah Hang Tuah  pernah jadi hulubalang castle istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan duyung  dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat (kereta proton jebat paling sempoi) , Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai depa menuntut ilmu, mereka berlima balik ke Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri msa zaman kesultanan Melaka le, bukan la ni) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.

Semasa mengiringi Sultan Melaka pi Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah berjaya bunuh seorang pendekar Jawa bernama Menara Taming Sari. Dalam pertarungan itu Menara berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah tau bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas kerispendekar Jawa Taming Sari.(nak kena p cari keris tu)


Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang nak mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang balik dari Pahang akhirnya dapat jumpa Melor, tetapi (jeng...jeng...jeng...dh smpai part konflik) Sultan turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan (aduss kesian). Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.(ala dkat negeri Melaka tu).

Hang Jebat dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat atau Hang Kasturi (tak pasti sapa tapi salah satu diantara dua orang ni), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara (lari sebab takut Hang Jebat nak caderakan dia). Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah (tau pon). Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung (lamanya), Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. 
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.


 slow motion pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat
kereta proton Tuah
(tapi kereta Jebat lagi sempoi)

Monday, April 4, 2011

PUTERI GUNUNG LEDANG

NI adalah di antara jlan cerita mengenai Puteri Siti Gunung Ledang.
  Mengikut Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka.Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

    sapa yang rasa mampu bleh la p meminang Puteri Gunung Ledang
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita Shellabear ialah Hang Kasturi.
 yang mana satu lebih layak brlakon jd Hang Tuah???
jom layan plak OST Puteri Gunung Ledang ni....

p:s - zaman la da x orang yg mntak bnda2 mcm ni